Wednesday, January 26, 2011

Manusia Zaman Sekarang Memang Tak Dapat Tengok Orang Senang Ckit

Ditujukan khas buat : Sesiapa yang terasa.
(Bukan kau lah.. Kau. Jangan nak perasan ye.)

Anyway, sekarang ni, aku dah tak pelik dah..
Memang manusia ada berjuta-juta dekat muka bumi ni,
dan setiap satunya, berlainan perangai.
Ada yang menggila tak hingat dunia, tapi mulia hatinya,
Ada muka suci nampak lembut tapi hati masyaalah busuknya.

Sekarang ni, aku nak cakap pasal orang yang MENJAJA CERITA.
MENJAJA CERITA yang aku nak cakap ni,
bukan macam menjual cendol atau burger di tepi jalan,
atau juga macam aku sekarang ni, yang menaip penuh perasaan
bercerita dan meluahkan kemeluatan untuk dikongsi.

-Aku dah malas cakap berlapik makin berlapik makin orang pijak kita


Apa yang di dapat kalau menceritakan keburukan seseorang pada oranglain?
Lepas tu menokok tambah dan mereka-reka cerita yang tak betul.?
Kau puas hati? Kau lega? Kau dapat duit? Kau nak nampak lagi baik?

kau umpama deejay radio.memang dah takde kerja nak buatlah kan

Aku tak faham mentaliti manusia-manusia macamni.
masih ada lagi yang bermaharajalela dalam fesbuk aku tuhh..


Kenapa? Apa sebenarnya yang kau tak puas hati pada aku?
Pernah kah aku ambil hak engkau? Pernah kah aku ganggu rumah tangga,
periuk belanga engkau? Pernah kah aku baling kau dengan tahi?
Pernah kah aku curik suami , bini, tunang kau?

Kalau dah tak nak kawan.. Sudah~ Namamu dolah~~ tetek mu sebelah~.
Buatlah hidup masing-masing.

Aku tak heran pun hilang orang macam kau.

Aku walau buruk mana pun, aku yang kena, hati sape tak sakit weyh?
kau nak cari pasal dengan aku kah?
Walaupun aku tahu cerita yang kau sampaikan
pada orang tuuh tentang aku dan yang berkaitan dengan aku.
Aku bukan bodoh. Aku tahulah. Bukan tak ada yang menyampaikan..
Tak semua side kau.Ada juga yang mencari dan bertanya kesahihhannya.
See...Tak semua sekeji engkau.

Tapi fikir-fikir salah aku juga..Bagi muka.dah lama aku perhatikan kau,rupa-rupanya tak syak lagi..
"takpelah.maafkan sajalah. Bagi dia can la."

Tapi aku silap. Ini memang habit kau. Tradisi turun temurun kau mungkin.

-Memburukkan orang lain. Kau pergi cerita heboh KEY-POH-CIY dekat
hamba allah sorang tuh, Kau sampaikan dengan cara,
cerita ala-ala ahli mesyuarat tingkap gitu~, ala-ala mami jarum..
"Kakk.. kakkk nak tauu tak~ Si Tijahh tuu kannn..diaa kann~" (contoh)
atau kalau tak mampu berjumpa, sekarang kan zaman IT, moden.
Handphone ada, internet ada.. boleh mesej berjela, chatting sampai pagi.
Menggigil-gigil tangan menaip penuh ghairah.huhh!

Tak kira lah cerita kau tu, betul ke tidak ke, Kau tokok tambah ke.
Tapi kebiasaanya of course lah kau tambah. Nak bagi dramatik sikit. Ye Dak?
Baru feeling sesi mengumpat tu.Nak ajak bergosip kenalah ada cerita panas.

Ini bukan yang dipanggil gigi jarang. Tapi jenis yang mulut kurang ajar.
Mulut orang yang tak ada otak. Kalau Mak aku cakap, Mulut Orang Kuno.
Very Uneducated.
Aku tak katalah aku bijak sangat.Tapi, kalau dah bodoh sekali pun,
Jangan lah nampak sangat dengan tunjuk perangai yang macam primitif tu.


Pelik lah kau ni. Apa masalah kau sebenarnya?
Kau hanya nampak salah dan buruk orang lain.
Lepas tu sebuk pergi heboh dekat dia tuhh konon aku nih teruk bebeno.
Kau tak sedar diri kau. Opsss.. aku lupa..Kau memang baik..Baik sikit dari Firaun.


Hey.. Sebelum kau pergi memburukkan orang.. menyampai-nyampai,
Apa kata,Kau cermin diri dulu.Pakai cermin sidemirror lori, Layakk tak?
Kalau kau kata yeess~ Ting Ting Ting!Kau layakk ke pusingan seterusnya,
Tengok lagi orang atas bawah kau, keliling kau. Yang kau sanjung taksub.
Yang kau fikir baik bak malaikat tu.Suci sangatkah? Tak berdosakah?
Kalau kau kata, yess misti lah...baka aku baik2.Then baru kau boleh jaja cerita.

Kau tak sedar kan, kalau oranglain nak menjatuhkan kau, memburukkan kau,
banyak lagi point-pointnya. Kau mana sedar. Kau kan umpama bidadari di syurga.

However,Orang lain ni, panjang akal.
Tak pernah nak judge kau sama ada malaikat atau syaiton.
Tak ada nak cakap.. 'eii teruknya dia.. patut lah dia macamni.blablabla'
Orang lain, even tak puas hati dengan kau, tapi tahu cerita-cerita kau,
sekeliling/kawan/keluarga yang hebat dan 'betol' sangat tu. Tak ada nak dikutuk.
Rahsia kau dipegang erat, atau busuk hati kau padanya tak dicerita pada orang.
Tak ada pun nak diajak sekampung membenci engkau.

Sebab apa? Sebab dia tahu dan sedar.
Memang dirinya tidak perfect, tidak berapa betul dalam menjalani kehidupan,
banyak buat salah, dosa, hidup terumbang ambing, dan banyak lagi.
Jadi tak adalah nak tambah dosa dengan memburukkan sesiapa.
Diam sahaja untuk dirinya sebab dia tahu mana tahap layaknya.

Mungkin ada segelintir yang tak sedar diri orang dalam dunia ni macam kau,
Judge oranglain dan kutuk mengutuk , menghina, tentukan syurga neraka.
Tapi macam biasalah.. Tu hanya orang yang otak kuno.
Ha, Macam kau lah. Yeyy! Dah ada geng.

Tengok. Walaupun aku tak puashati,
paling-paling, aku perli sinis kau dalam blog je. tu pun ala berkias.
Kalau aku busuk hati macam kau, suka menjaja dan mengumpat,
Dah lama aku letak nama, siap dengan nombor hp lagi dalam fesbuk aku tau.


Kalau kau tak suka aku sangat,
Apa kata, buat satu akaun facebook,
"We Hate Dieeyla-Mama Harris (Nurul Adieyla)!"
"MARI BERAMAI-RAMAI BENCI Dieeyla-Mama Harris (Nurul Adieyla)".
pastu kumpul ramai-ramai ahli, letak profile picture,
gambar aku yang d edit-edit ke tambah ini itu
Barulah cool, merasalah sikit aku glamour sekejap.

Atau daripada kau mengumpat dan mengajak orang lain benci aku,
Apakata, kau datang je dan berdepan lepastu, tumbok muka aku.

Lepas tu kau maki-maki aku, cakap apa yang kau tak puas hati,
One by One la. Tak payah nak memburukkan nama aku dulu beb. Tak payah bawak kuncu.
Macho la sikit. Jangan la lembik sangat. Baling batu sembunyi tangan.
Menyorok belakang bayang-bayang orang. Hek'eleh. Apa barang.
Kalau kau buat macam tu, baru lah aku pun puashati,sebab berdepan.
Sebab tindakan kau sekarang, macam pengecut! Tak ada Telor.



Nak salahkan kau bulat-bulat pun tak boleh jugak kot.

Maybe sebab kau dibesarkan dengan enviroment macamtu kot.
Menjatuhkan oranglain untuk naik, atau memburukkan orang lain,
supaya kau nampak lebih mulia, supaya sekeliling kata kau baik sempurna.
Supaya oranglain kasihan kan engkau, dan buat macam kau yang teraniaya.

Maybe sebab kau tak diajar masa kecik nilai-nilai murni,
sifat mulia, budi pekerti, hormat orang tua, salam dengan orangtua/sedaramara.

Maybe kau dibesarkan macam katak dalam akuarium,
- dapat tengok dan merasa dunia luar,bergerak bebas.
tapi tak dapat tahu erti dunia luar yang sebenar.

Maybe kau dah disetkan dalam otak, dalam dunia ni, duit saja yag penting,
oranglain tak akan bagi duit, jadi kebahgiaan,kawan-kawan semua boleh dibeli.
Jadi tak perlulah nak hidup bercampur gaul.Buat hal sendiri saja.

Sebab itu bagi kau,
"Buat apa berkawan dengan dia, bukan betul, hidup macamtu,
pergi sini-sana tak tentu hala. Teruk perangainya. Tak dapat untung pun"

Kadang-kadang yang kau nampak hina sangat tu sebenarnya lagi mulia dari kau.
Tak pernah tikam belakang, hargai sahabat, saling percaya dan membela,
tak bermuka-muka, tolong menolong tanpa harap balasan, dan ikhlas.

Aku tak tahu lah kau sedar atau tidak.Atau kau pura-pura tak nak sedar,
Kau sebenarnya memang nak tengok aku bergaduh je kan?tak nak aku hidup senang bahgia
tak boleh ke orang lain lebih senang,pandai,bahagia, dan segalanya dari kau?

Ha.. tulah gejala-gejala penyakit macam kau ni.
Syndrome paling hina. - Busuk Hati/ Hati Busuk.
Biar busuk kaki. Tak apa. Boleh tahan lagi.
Kalau Busuk Hati Pergi Mati


Ingatlah. Dunia ni macam roda. Berputar.
Sekarang,Kau rasa kau sempurna. Hidup senang,
duit ada, pelindung sentiasa ada.
Konon bahagia dengan dunia serba indah kau.
Tapi suatu masa nanti? Kau tunggu sajalah.
Tuhan dah balas kepada kau sebelum ni pun, masih tak sedar.
Nak kena hilang semua dulu kot, Baru kau tahu langit tinggi rendah.



P/S : aku peduli apa.
ni blog aku, Kalau Tak suka sila angkat kaki,berambus.

Monday, January 24, 2011

coNtEst kaMi pose comey

salaam semuaa...


entri hari nih agak pelikkan?
coNtEst kaMi pose comey
actually norlina yang tagged kan so nak try jugaklah kan hehe
kalau dah nama contest adalah hadiahnya kan..
so hadiahnya berupa handset Apple iphone..wah wah gilo apo..apple iphone tuuh mane nak dapatkan kalau takde manyak cing-cing-kaching $$$$ hehe kcualilah kalo dah kerje senanglah nak dapatkan hehe...

tadaa inilah hadiahnya

bestkan hehe...

So..malas nak banyak-banyak melalut nak bagi tau syarat-syarat nya kalau ingin so trylah mane tau ade rezeki hehe...


*coNtEst kaMi pose comey*

>
meyh click cni ;)

Syarat-syaratnya ialah;


1~macam biasa korang kenalah follow blog ni dulu..tp kalau tak nak follow pon takpe..taknak paksa-paksa..tapi susahlah bila update nanti..so,lebih baik followlah
k. ;)

2~taip 1entri mengenai contest ni..dan jangan lupa ambik banner di atas dan letakkan didalam entry tersebut..sidebar kan contest ni di blog anda..dan link kan ke blog ini!! ;)


3~korang mesti menghantar gambar kepunyaan korang sendiri..gambar tersebut mestilah ada ANDA bersama MEMBER-MEMBER ANDA...pose anda bebas.. ;)

Tadaa ni pose aku dengan kengkawan hehe ;)




A good friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do. Friends cheer each other on, laugh and cry together, and just plain commiserate and listen to each other.
That's why friends are friends....

"We need old friends to help us grow old and new friends to help us stay young."- Letty Cottin Pogrebi ;)

4~korang mestilah membuat ayat yang paling simple tentang "kenapa anda join contest ni..
CONTOH:::saya join sebab suka_suki jee...


- Saya join sebab saya mencuba nasib jer hehe.


5~tag contest kepada 4 rakan blogger korang ye..
-YATIEK ZAINAL
-DANIA CHA CHA
-ADEK NUNU ANN AKMAL
-NUR AIZAT DHAMIRAH

6~Mereka mencari seorang pemenang:hadiah berupa handset Apple iphone
OR
RM100 +TOPUP 50...
(law menang pilih salah 1 je hadiah k)



7~tarikh tutup 25 feb 2011

Selamat mencube..good luck ;)

Friday, January 14, 2011

WISHLIST 2011

WELCOME 2011..GOODBYE 2010..

*aku nak majukan diri aku yang tak seberape nih

*mudah-mudahan d permudahkan segala perjalanan hidup aku dalam tahun baru ni

*my little prince pun will turn to 2 this coming march..mudah-mudahan sihat walafiat sentiasa,menjadi anak yang soleh && pintar..

*tahun ni aku nak ambil lesen kreta,kalau dah ade lesen nanti senanglah nak bawa little prince tu g jalan-jalan taklah boring sangaat dok teperuk dalam rumah jer hihi..moga luluslah aku time nak mendapatkan lesen nanti yerk!

*aku nak tahun ni,tahun aku nak bergaye haha...bg highlight ckit BERGAYE haha...ntah ape-apelah kan tapi tu lah kuat sangat ekot trend semasa tapi aku tak pakai smua bende nak branded-branded asalkan slesa di pakai sudah memadai..ada pun yang branded ikut kemampuanlah hehe tak banyak ckit jer XD..

*ni yang paling aku suke..tahun ni tahun aku nak g TRAVEL lame sangat tak travel..hari tu g sibu,lepas ni plan nak g miri pulak,then kuching last skali kuala lumpur..yeay!dapatlah aku buat hobi tak baik aku iaitu boros ngee pergi shoppinglah katakan buang duit sana sini..mudah-mudahan tercapai hasrat aku bawa little prince g jejalan.. =)

*bayak bende aku dah dapat untuk awal tahun nih but ade jugak yang lom tercapai
-vintage sunglasses,handbags,long-wallet,n.o.s.e wedges,baby E73,lavine jeans
wait ar mudahan aku dapat jugak ape bende yang aku nak hee..

so tu jer untuk wishlist aku tahun nih tak banyak pun ;P

Monday, December 20, 2010

cerita hati,takkan terfaham siapa-siapa

kau,kau.....aku,aku


realiti tak seindah mimpi,Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah...?tak perlulah bermimpi..dunia tak semuanya indah..tak semua cinta menjanjikan bahgia...tanpa usaha,tawakal,redha di sisi jalan-Nya tiada cinta yang sempurna..cinta..Hadirnya tanpa diundang. Datang tanpa dipaksa. Dalam diam kasih bersemi. Dalam resah hati terpaut. Gelisah mimpi menjadi titis - titis kerinduan.Mengapakah cinta begitu??


masing-masing inginkan kebahagiaan..tapi..tak semuanya indah..
Kadang-kadang kan, kita perlukan seseorang yang kita boleh kongsi apa aje dengan dia, yang sanggup menadah telinga tak kira masa mahu tempat, yang boleh memberi respons yang baik walaupun tidak mampu membantu, dan paling penting yang tidak menganggap kita adalah sesuatu yang remeh.


Tapi...


kita rasa dia tak mungkin faham dengan apa yang kita alami,tak mungkin mampu memberi respons yang baik, dan paling mengecewakan apabila kita merasakan dia tak mungkin sekufu dengan segala hujah hati kita.


Kan bagus kalau ada perantaraan yang menyampaikan segenap suara jiwa. Biar kita mendiam diri, tidak menyatakan apa-apa [sedangkan jiwa raga umpama ribut taufan melanda pelusuk alam] - dia datang bersama pertanyaan


"Awak okay ke?"


Mungkin, dengan tiga huruf simple itu dah cukup untuk meredakan segala ribut taufan yang entah-entah boleh bertukar menjadi ribut salji pulak.

Tidak perlu terlalu mencuba untuk memahami. Memadai dengan berusaha untuk melengkapi antara satu dengan yang lain.




ps:rindu dia..♡

Saturday, December 18, 2010

Cerita hari ini

salam...



baru je balik dari supermarket..balik2 terus depan pc tu lah pasai nak update blog hari nih hihih..



punyalah panas hari nih tak best nyer..berpeloh-peloh jer..haish =,=''
tak best betoi lah..mane tak nye,pagi-pagi dah mak bawa buat REMPEYEK tau tak REMPEYEK tu ape?hehh mesti korang tau punyeer..



ni haa binatang ni,haha ade ke patut barang makan pangil binatang..







Bahan-bahan tak banyak just pakai tepung beras,air @ santan,then blend bawang merah & putih,beberapa ulas cekur..campurkan sekali dalam tepung tambahkan sebuk ketumbar,sedikit garam,sedikit kunyit then doh siap..tyme masak tuh taburkan kacang and pusuk@ ikan pusu then siap..





leceh betoi ar nak buat..mane tak leceh dari pagi sampai ke petang pukul 3.26 baru siap masak smua doh..adoii mak,nak pengsan..fuhh~then simpan semua dalam kontainer & keluar jap pergi supermarket panas sangat pergi bawa mak beli aiskrim & air pudding..tak tau sangat ape nama air tuhh pangil je lah air pudding coz dalam air tu orang letak pudding..lega jugak lepas minum aek tuh dengan hari yang cukup panas uhh..








tua-tua keladi,makin tua makin nak berbini credit to my mom
mane tak nye,sempat jugak aku n mak berborak tyme mengoreng rempeyek bukan nak mengate ke ape tapi hairan dengan orang lelaki zaman sekarang..dah ade ank bini,dah beranak pinak,dah becucu cicit dah pon tapi maseh nak mengatai..tak cukup ke bini yang ade?anak-anak dah banyak tak pikir ke?haish banyaknye question mark?? di kepala..makin-makin kite nih dah hidup di dunia akhir zaman macam-macam je crita dunia..orang lelaki yang suke sangat banyak perempuan nih mungkin jenis yang sex maniac..nak yang fit je..dah tak fit buang.biasalah lelaki..huh!



then bagi orang yang tak dapat tak ada pakwe tetibe je mak aku cakap,"jenis tak tahan kena rabalah tu,suke nak berkissing"aku diam jer haha..aku dengar je ape yang mak aku cakap..tetibe je cakap macam tuhh..nasib ar sekarang dah jadi mak orang tak eran lagi dah..tak ade lelaki pon aku masih lagi dapat hidup sebab aku masih ade anugerah yang tak ternilai yang d bagi oleh Allah swt..iaitu my little boy HARRIS ARSHAD,tanpa dia aku takkan kuat sampai sekarang..aku masih ada keluarga yang sentiasa support aku sepanjang aku susah dan senang jasa mereka belom dapat ku balas insyallah dah ade lesen nanti aku kerja and sikit-sikit aku nak balas jasa kedua-dua ibu bapa aku..*emolah pulak*..masih ada kawan-kawan yang sentiasa di samping aku yang ingin mendengar masalah aku ketika aku susah..a big thanks to u people muahmuah!!




have a nice SATURDAY people..
7 hari lagi nak CHRISTMAS =)
Assalamualaikum =D

Friday, December 17, 2010

dekat-dekat nak xmas nih..haish banyaknye kerja hari-hari macam biasa mengurus c kecil..then apalagi baking tu lah mumy i ni suke sgt nak buat smua homemade..tapi takpelah jugak saye sukaa..kira hobi lah jugak dok dekat rumah jaga anak takde ape-ape nak buat so mengisi masa lapang dengan benda-benda yang berfaeedah...ngee ^_^

tadaa..



(p.s muke belom mandi lagi nihh ;D)

buat BISKUT KACANG hari nih..mumy cakap dia penah buat dulu then sedap..so buatlah dah mumy nakkan..heheh pastu siap esok hari buat lagi..esok update biskut ape yang nak d buat..takde idea dah..askum =)

counting days...

8 more days to go then it's CHRISTMAS!!

punyalah lama tak main blog nih..lame dah tis acc actually tp malas nak update..tp skrng pndai rjin lah pulak..post lame2 smua dah delete..ngee..so i will update soon..